BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
2009-07-01

Sakaratul Maut


7 jenis wajah mayat di dalam kubur


1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan,syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.


2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?


3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.


4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa [ hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.


5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.


6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.


7. Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

Jadi, tafsirlah diri dan pilihlah yang mana satu menjadi pilihan kita.. Moga dijauhkan daripada menjadi mayat seperti 1 hingga 6 dan semoga diberi rahmat menjadi mayat seperti yang ketujuh, insya Allah..

2 ulasan:

dee berkata...

bagus enta buat bloq,ape2 hal kasitau dalam ni aje,bila nak dapat baby,aku dah dapat anak ke3 dah hampir 2 bulan,hang tak mau mai umah akupun kat sungai manik ,datang le ok..mangan segor,kulaan,,,ok.

iwan berkata...

ni sape ye? aku tak tau pulak ada member aku kat sg manik yang dah ada anak 3, kulaan pulak tu.. Ape pun, syukran la sebab lawat blog aku yang tak seberapa ni.. insya Allah aku akan upgrade kulli yaum..